welcome back
Monday, 24 November 2014
Wednesday, 29 October 2014
Sudah sekian lama saya tak update blog, kali ini saya cuba untuk menulis sebuah cerita. Namun ianya hanya intro kepada sebuah cerita
Niat dihati nak menulis novel tapi ni kiranya pembakar semangat
Niat dihati nak menulis novel tapi ni kiranya pembakar semangat
kalau saya rasa saya boleh carry on saya akan teruskan niat saya utk menulis. Cerita ini kan disambung lagi ye
TARBIYAH BUATKU
Suasana yang sukar digambarkan.
Ianya tiada ditempat lain. Biah yang membuatkan seseorang yang kurang baik
boleh berubah kepada yang lebih baik apabila terbiasa dengan suasana itu.
Derap langkahku seolah-olah sedang
menikmati keadaan sekeliling. Warganya yang lemah lembut dan saling
menghormati. Inilah yang aku cari selama ini. Akhirnya aku dapat juga
menjejakkan kaki kesini. Bumi Waqafan. Ya, memang berbeza. Sedangkan sejarah
penubuhannya juga sudah istimewa inikan pula hasil keluaran produk tempat semulia
ini.
Emak dan kakak iparku ligat mencari
kelibat guru penolong kanan yang baru sahaja tiba. Kebetulan aku dating pada
hari Ahad. Maka kami terpakasa menunggu kehadiran guru penolong kanan yang
bercuti itu dari rumahnya.
“Assalamualaikum”,
Sapa guru tersebut. Mukanya yang kelihatan
seorang yang tegas, namun nada suaranya lembut, menghormati tetamu.
“Waalaikumussalam”
Jawab emakku yang dari tadi
memerhati kehadiran pengetua.” Maaf ya ustaz, saya bawa anak saya untuk daftar
pada hari ini, sebab saya dan keluarga ada hal yang perlu diuruskan pada hari
Isnin ini. Itulah sebabnya saya terpaksa menghantar anak saya kesini hari ini
juga,” jelas emak yang tampak risau pada raut wajahnya kerana merasa mengganggu
cuti guru penolong kanan itu.
Oh, tidak mengapa, biasalah tu. Kita
sebagai manusia merancang tetapi yang diatas yang menentukan. Saya sebagai
warden, saya faham situasi ibu bapa pelajar yang datang dari jauh semata-mata menghantar
anak-anak mereka kesini.
*setelah selesai urusan pendaftaran
secara tidak rasmi*
Aku telah belajar sedikit demi
sedikit beberapa peraturan yang perlu aku patuhi sepanjang aku berada di Bumi
Waqafan ini. Banyak juga peraturan yang perlu aku sesuaikan dengan diriku.
Nampaknya aku perlu proaktif dalam segenap sudut kerana aku melihat kebanyakan
pelajar begitu komited dengan masa dan
kerja mereka. Walaupun aku baru sahaja sampai disini tidak sampai separuh hari,
begitu banyak yang aku lihat. Aku mesti kuat.
*bersambung*
Sunday, 8 June 2014
VIDEO IBADAT
Assalamualaikum buat pengunjung blog saya, disini saya cuma ingin berkongsi video yang dihasilkan oleh saya bersama ahli kumpulan.Video ini mengenai cara kita menunaikan solat apabila kita sakit. Manusia sering memberi alasan tidak mahu menunaikan perintah Allah dengan alasan sakit Namun, Allah telah pun memberi kelonggaran kepada umatnya. Selamat ,enonton video yang serba kekurangan ini. Kami budak baru belajar buat video.Saksikan.
Thursday, 5 June 2014
Renungan di kala Study Week
Bismillahirrahmanirrahim.. Bicaraku ini tidaklah sehebat mereka-mereka yang mampu menjentik hati-hati yang sedang leka dek kemewahan dan kecanggihan dunia masa kini. Diriku hanyalah hamba Allah yang tidak sempurna. Allah lah yang menggerakkan hatiku dan menggerakkan jari-jemariku untuk menulis tinta ini.
Dikala rakan-rakan bertungkus lumus belajar samada di dalam bilik, dirumah, diperpustakaan dan di tempat-tempat yang strategik bagi mereka. Namun, aku tiba-tiba berfikir bahawa semua orang layak untuk berjaya. Namun kejayaan nya itu tidak seronok jika hanya berjaya berseorangan. Yang mana aku telah diterapkan di sekolah lamaku bahawa kejayaan yang sebenar adalah kejayaan apabila kita berjaya bersama kawan-kawan kita. Aku mesti mengutamakan kawan-kawanku berbanding diriku.
Disini aku ingin sekali membawa sebuah cerita mengenai seorang pelajar ini yang mana, dia bukanlah seorang pelajar yang cemerlang mahupun pelajar harapan guru2. Malah dia hanyalah seorang pelajar yang hanya ada sedikit ilmu. Namun dia tidak pernah lokek akan ilmunya. Setiap rakan yang datang kepadanya dan bertanyakan soalan kepadanya, pasti dia akan cuba membantu meskipun dia tahu bahawa dia tidak dapat menjawab soalan tersebut.Dia akan berusaha untuk mencari jawapan. Dia amat meraikan rakan-rakan yang mengharapkan pertolongan darinya.
Sehinggalah menjelangnya peperiksaan dan hinggalah hari keputusan diumumkan. Dengan tanpa disangka-sangka dia telah mendapat keputusan yang baik dan melayakkannya untuk memasuki ke alam universiti. Begitulah kisahnya. Setiap daripada kita sebenarnya diberi ruang dan peluang untuk berjaya. Kerana semua orang boleh berjaya. Namun liku-liku kearah kejayaan itu berbeza antara satu sama lain. Kita ini diciptakan dalam keluarga dan biah yang berbeza. Malahan tempat lahir juga berbeza. Sudah pasti rentetannya juga berbeza.
Ayuh kawan2 kita bangkit, kita kongsi ilmu, niat kita belajar kerana Allah, dan ilmu yang diperolehi mesti dikongsi, bukan hanya kita yang tahu. Bagaimana ilmu itu hendak dikembangkan tanpa kita berkongsi. Bangun dan berkongsi.Dengan tidak dijangka, dengan kita berkongsi InsyaAllah kita akn dapat ilmu yang lain. Percayalah dengan janji Allah.What you give you will get back. Uhibbukifillah. Tegurlah sahabatmu ini andai ada salah dan khilaf yang ku lakukan. WALLAHUALAM
Thursday, 8 May 2014
HENDAKLAH MENJADI BUKAN MENCARI
Terkadang aku
termanggu keseorangan, melihat dirimu begitu sempurna dimataku. Aku juga
berharap agar dirimu juga sempurna dimata Pencipta. Diriku hanya mampu
melihatmu dari jauh. Aku sedar aku tidak layak untukmu. Dirimu yang seringkali
bergelumang dengan majlis-majlis ilmu, bertalaqi kitab di sana sini, berpuasa
sunat isnin dan khamis, solat berjemaah di masjid, menyampaikan tazkirah,
usrah, solat jemaah dan sebagainya.
Aku yakin, pasti
kedua ibu bapamu begitu bangga mendapat anak yang soleh sepertimu. Sudah pasti
bukan?. Namun, jika dibandingkan dengan diriku yang tidak seberapa ini,
mampukah aku mendapat seorang imam sepertimu. Diriku yang hidupnya dipenuhi
dengan hilai tawa, usrah yang tidak konsisten, bacaan al-quran yang biasa2
sahaja, solat tidak selalu berjemaah, puasa jika mampu, menyampaikan tazkirah
jauh sekali. Aku seringkali terfikir, ;layakkah aku untuk mendapat insan
sebaikmu?
Sudah pasti tidak.
Namun ku gagahkan jua diriku untuk terus bangkit. Bangkit daripada kejahilan
kepada keimanan. Aku yakin dengan janji Allah. Lelaki yang baik adalah
untuk perempuan yang baik. Malahan aku turut bersetuju dengan kata-kata Ustazah
Fatima Syarha. " kita perlu menjadi, bukannya mencari". Ya, dengan
menjadi kita akan dicari. Jika kita hanya mengharapkan insan yang soleh buat
kita, ibarat kita hanya menunggu nasi untuk masak tanpa menanaknya. inilah
analoginya. Maka, wahai muslimah sekalian, bangkitlah dari tidurmu, jika kamu
mendambakan insan yang soleh, maka ayuh kita bersama-sama mengorakkan langkah kearah
solehah. Yakinlah dengan janji Allah.
Bilamana aku melihat
drama Aku Ada Wali, aku seringkali bermonolog, wujudkah lelaki sebaik Solihu?
Layakkah aku mendapatkan imam sebaik solihu. Begitu bagus dan telitinya lelaki
sepertinya menjaga imannya. Tahap mujahadah yang tinggi. Begitu terpegun aku
melihat wataknya. Begitu juga Syumaila yang begitu pandai menjaga batas dalam
pergaulan. Ingin sekali aku ingin menjadi sepertinya.
Angan-angan tidak
akan tercapai tanpausaha. Maka ayuhlah sama-sama kita mengorak langkah
mempersiapkan diri. Teguhkan tahap keimanan, tinggikan nilai diri. Letakkan
prioriti di hadapan. Pasti kita berjaya.. W
Wednesday, 7 May 2014
PROGRAM DAKWAH ORANG ASLI
Tinta ini kutulis buat keluarga angkatku yang berada jauh nun di kampung Limau Gua Musang. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, namun mereka tetap terus tabah menghadapi liku-liku kehidupan saban hari. Kehidupan mereka yang serba kekurangan dari segi air, makanan dan sebagainya. Namun yang paling utama mereka ini sebenarnya kurang didikan agama yang benar kearah menuju Allah SWT yang satu. Sepanjang program kami yang berlangsung selama 3 hari 2 malam di sana, begitu banyak yang telah kupelajari daripada mereka malahan kami juga berkongsi ilmu bersama mereka.
Bagiku, jika mereka kenal agama islam itu sendiri pasti mereka dapat mengetahui bahwa setiap apa yang mereka lalui itu adalah satu nilai mujahadah yang tinggi disisi Allah swt kerana bagi meneruskan hidup, mereka berkorban untuk bangun di pagi hari dan menuju kesungai semata-mata untuk mandi dan juga menjalankan tugas-tugas sehari-hari seperti membasuh kain dan pinggan.Namun, nilai mujahadah itu pasti lebih tinggi sekiranya mereka sanggup berpagi-pagian hanya untuk beribbadah kepada AllahSWT. Memang tidak disangkal lagi bahawa atuk dan nenek kita yang terdahulu juga turut melalui proses yang sama namun tidak disangka sehingga ke hari ini masih ada insan-insan yang masih menggunakan metod ini lagi.
Apa yang dapat dilihat bahawa mereka tidak meminta untuk hidup senang lenang seperti kereta yang besar, rumah besar, namun apa yang mereka inginkan hanyalah sedikit perhatian daripada masyarakat terhadap mereka dalam membantu mereka mendekatkan diri pada Allah. Namun. kita seringkali tidak sedar akan perihal ini. Aku begitu sedih apabila kami mengajukan soalan pada amek kami samada dia mahu solat bersama kami atau tida?.. dia menjawab, dia mahu solat tetapi tidak tahu.Situasi bertambah sedih apabila rumah amek kami langsung tiada sejadah mahupun telekung. Sedangkan kiblat juga tidak tahu kearah mana.
Subhanallah, begitu berat tugas kita sebagai daie untuk membawa mereka terus untuk tetapkan iman agar teguh berpegang pada Allah SWT yang satu. Kadangkala aku terfikir keseorangan, mengapa mereka diislamkan tetapi tidak diajar cara hidup islam itu sendiri..Sampai disini sahaja dahulu.. nanti sambung lagi..
Bagiku, jika mereka kenal agama islam itu sendiri pasti mereka dapat mengetahui bahwa setiap apa yang mereka lalui itu adalah satu nilai mujahadah yang tinggi disisi Allah swt kerana bagi meneruskan hidup, mereka berkorban untuk bangun di pagi hari dan menuju kesungai semata-mata untuk mandi dan juga menjalankan tugas-tugas sehari-hari seperti membasuh kain dan pinggan.Namun, nilai mujahadah itu pasti lebih tinggi sekiranya mereka sanggup berpagi-pagian hanya untuk beribbadah kepada AllahSWT. Memang tidak disangkal lagi bahawa atuk dan nenek kita yang terdahulu juga turut melalui proses yang sama namun tidak disangka sehingga ke hari ini masih ada insan-insan yang masih menggunakan metod ini lagi.
Apa yang dapat dilihat bahawa mereka tidak meminta untuk hidup senang lenang seperti kereta yang besar, rumah besar, namun apa yang mereka inginkan hanyalah sedikit perhatian daripada masyarakat terhadap mereka dalam membantu mereka mendekatkan diri pada Allah. Namun. kita seringkali tidak sedar akan perihal ini. Aku begitu sedih apabila kami mengajukan soalan pada amek kami samada dia mahu solat bersama kami atau tida?.. dia menjawab, dia mahu solat tetapi tidak tahu.Situasi bertambah sedih apabila rumah amek kami langsung tiada sejadah mahupun telekung. Sedangkan kiblat juga tidak tahu kearah mana.
Subhanallah, begitu berat tugas kita sebagai daie untuk membawa mereka terus untuk tetapkan iman agar teguh berpegang pada Allah SWT yang satu. Kadangkala aku terfikir keseorangan, mengapa mereka diislamkan tetapi tidak diajar cara hidup islam itu sendiri..Sampai disini sahaja dahulu.. nanti sambung lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)