HENDAKLAH MENJADI BUKAN MENCARI
Terkadang aku
termanggu keseorangan, melihat dirimu begitu sempurna dimataku. Aku juga
berharap agar dirimu juga sempurna dimata Pencipta. Diriku hanya mampu
melihatmu dari jauh. Aku sedar aku tidak layak untukmu. Dirimu yang seringkali
bergelumang dengan majlis-majlis ilmu, bertalaqi kitab di sana sini, berpuasa
sunat isnin dan khamis, solat berjemaah di masjid, menyampaikan tazkirah,
usrah, solat jemaah dan sebagainya.
Aku yakin, pasti
kedua ibu bapamu begitu bangga mendapat anak yang soleh sepertimu. Sudah pasti
bukan?. Namun, jika dibandingkan dengan diriku yang tidak seberapa ini,
mampukah aku mendapat seorang imam sepertimu. Diriku yang hidupnya dipenuhi
dengan hilai tawa, usrah yang tidak konsisten, bacaan al-quran yang biasa2
sahaja, solat tidak selalu berjemaah, puasa jika mampu, menyampaikan tazkirah
jauh sekali. Aku seringkali terfikir, ;layakkah aku untuk mendapat insan
sebaikmu?
Sudah pasti tidak.
Namun ku gagahkan jua diriku untuk terus bangkit. Bangkit daripada kejahilan
kepada keimanan. Aku yakin dengan janji Allah. Lelaki yang baik adalah
untuk perempuan yang baik. Malahan aku turut bersetuju dengan kata-kata Ustazah
Fatima Syarha. " kita perlu menjadi, bukannya mencari". Ya, dengan
menjadi kita akan dicari. Jika kita hanya mengharapkan insan yang soleh buat
kita, ibarat kita hanya menunggu nasi untuk masak tanpa menanaknya. inilah
analoginya. Maka, wahai muslimah sekalian, bangkitlah dari tidurmu, jika kamu
mendambakan insan yang soleh, maka ayuh kita bersama-sama mengorakkan langkah kearah
solehah. Yakinlah dengan janji Allah.
Bilamana aku melihat
drama Aku Ada Wali, aku seringkali bermonolog, wujudkah lelaki sebaik Solihu?
Layakkah aku mendapatkan imam sebaik solihu. Begitu bagus dan telitinya lelaki
sepertinya menjaga imannya. Tahap mujahadah yang tinggi. Begitu terpegun aku
melihat wataknya. Begitu juga Syumaila yang begitu pandai menjaga batas dalam
pergaulan. Ingin sekali aku ingin menjadi sepertinya.
Angan-angan tidak
akan tercapai tanpausaha. Maka ayuhlah sama-sama kita mengorak langkah
mempersiapkan diri. Teguhkan tahap keimanan, tinggikan nilai diri. Letakkan
prioriti di hadapan. Pasti kita berjaya.. W