welcome back

welcome back

Wednesday 29 July 2015

*Sambungan*

Sepanjang keberadaanku di bumi waqafan pada tahun 2011, aku belajar pengajian Am, bahasa Arab, Usuluddin dan Syariah. Era kejatuhan ku dalam SPM telah membawa semangat baru buatku disini. Pembakar semangat untuk berjaya dan melanjutkan pelajaran ke alam universiti. Ya.. Universiti. Melihatkan kawan-kawanku mampu masuk ke matrikulasi, IPG, fly ke timur tengah membuatkan ak terfikir seketika. mungkin ini ujian buatku. Dahulunya aku sangat suka bermain didalam kelas. kerja sekolah tidak siap, suka lewat kesekolah dan sebagainya.

'' Biah" atau suasana disini yang membuatkan aku mula bertekad untuk memulakan semangat baru disini. Dahulunya aku sangat teringin untuk menyambung pelajaran disini sewaktu tingkatan empat. Tetapi hajat tak kesampaian. Keputusanku tidak melayakkan aku untuk terus disini. mungkin rezekiku sewaktu tingkatan 6.

Sewaktu kelas pertama aku di bumi waqafan ini, aku pada mulanya tidak dapat menerima hakikat suasana disini kerana guru-guru yang mengajar sangat laju. Aku adalah seorang pelajar biasa yang tak dapat menerima sesuatu dalam kadar yang sangat singkat. Maka pada mulanya aku mahu pindah semula ke sekolah lama dan mengambil tingkatan 6 disana. Namun ade seorang kawanku menasihatiku bahawa teruskan perjuangan dan peluang hanya datang sekali. Sebulan yang pertama aku cuba membiasakan diriku dengan kerja harian. jika aku rindukan sekolah lama dan keluarga, aku akan mencari kawanku yang muslimat yang rapat agar mereka boleh menasihatiku. kami sama-sama meluahkan rasa berkongsi derita. Ianya sungguh berkesan.

Sedar tidak sedar aku sudah pun naik ketingkatan enam atas. Begitu cepat masa berlalu. Aku dan kawan-kawan seangkatan telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa. Aku dilantik sebagai biro kerohanian. Aku telah menggunakan segala pengalaman yang ada bagi menjalankan program yang menarik disekolah. Antaranya ialah khidmat murabbi. Khidmat murabbi ini ialah satu program yang mana pelajar akan mengangkat beg-beg guru mereka. mereka akan menyambut kedatangan guru mereka di parking dan mengambil beg dan menghantarkannye ke meja guru tersebut. Antara objektif program ini ialah untuk mengeratkan pertalian antara guru dan murid. Kebanyakan murid tidak mahu berjumpa dan bertanya kepada guru kerana takut guru tidak mengenali mereka dan mereka juga tidak tahu dimana meja guru mereka. dan Alhamdulillah program ini sangat berjaya dan ramai guru yang mengenali pelajar tingkatan enam. Saya juga berharap agar adik2 dapat menjalankan program ini sampai bila2.