welcome back

welcome back

Thursday 8 May 2014


                                       HENDAKLAH MENJADI  BUKAN MENCARI

Terkadang aku termanggu keseorangan, melihat dirimu begitu sempurna dimataku. Aku juga berharap agar dirimu juga sempurna dimata Pencipta. Diriku hanya mampu melihatmu dari jauh. Aku sedar aku tidak layak untukmu. Dirimu yang seringkali bergelumang dengan majlis-majlis ilmu, bertalaqi kitab di sana sini, berpuasa sunat isnin dan khamis, solat berjemaah di masjid, menyampaikan tazkirah, usrah, solat jemaah dan sebagainya.

Aku yakin, pasti kedua ibu bapamu begitu bangga mendapat anak yang soleh sepertimu. Sudah pasti bukan?. Namun, jika dibandingkan dengan diriku yang tidak seberapa ini, mampukah aku mendapat seorang imam sepertimu. Diriku yang hidupnya dipenuhi dengan hilai tawa, usrah yang tidak konsisten, bacaan al-quran yang biasa2 sahaja, solat tidak selalu berjemaah, puasa jika mampu, menyampaikan tazkirah jauh sekali. Aku seringkali terfikir, ;layakkah aku untuk mendapat insan sebaikmu?


Sudah pasti tidak. Namun ku gagahkan jua diriku untuk terus bangkit. Bangkit daripada kejahilan kepada keimanan. Aku yakin dengan  janji Allah. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Malahan aku turut bersetuju dengan kata-kata Ustazah Fatima Syarha. " kita perlu menjadi, bukannya mencari". Ya, dengan menjadi kita akan dicari. Jika kita hanya mengharapkan insan yang soleh buat kita, ibarat kita hanya menunggu nasi untuk masak tanpa menanaknya. inilah analoginya. Maka, wahai muslimah sekalian, bangkitlah dari tidurmu, jika kamu mendambakan insan yang soleh, maka ayuh kita bersama-sama mengorakkan langkah kearah solehah. Yakinlah dengan janji Allah.


Bilamana aku melihat drama Aku Ada Wali, aku seringkali bermonolog, wujudkah lelaki sebaik Solihu? Layakkah aku mendapatkan imam sebaik solihu. Begitu bagus dan telitinya lelaki sepertinya menjaga imannya. Tahap mujahadah yang tinggi. Begitu terpegun aku melihat wataknya. Begitu juga Syumaila yang begitu pandai menjaga batas dalam pergaulan. Ingin sekali aku ingin menjadi sepertinya. 

Angan-angan tidak akan tercapai tanpausaha. Maka ayuhlah sama-sama kita mengorak langkah mempersiapkan diri. Teguhkan tahap keimanan, tinggikan nilai diri. Letakkan prioriti di hadapan. Pasti kita berjaya.. W


No comments:

Post a Comment