welcome back

welcome back

Wednesday 29 October 2014

Sudah sekian lama saya tak update blog, kali ini saya cuba untuk menulis sebuah cerita. Namun ianya hanya intro kepada sebuah cerita
Niat dihati nak menulis novel tapi ni kiranya pembakar semangat
kalau saya rasa saya boleh carry on saya akan teruskan niat saya utk menulis. Cerita ini kan disambung lagi ye




TARBIYAH BUATKU
Suasana yang sukar digambarkan. Ianya tiada ditempat lain. Biah yang membuatkan seseorang yang kurang baik boleh berubah kepada yang lebih baik apabila terbiasa dengan suasana itu.
Derap langkahku seolah-olah sedang menikmati keadaan sekeliling. Warganya yang lemah lembut dan saling menghormati. Inilah yang aku cari selama ini. Akhirnya aku dapat juga menjejakkan kaki kesini. Bumi Waqafan. Ya, memang berbeza. Sedangkan sejarah penubuhannya juga sudah istimewa inikan pula hasil keluaran produk tempat semulia ini.
Emak dan kakak iparku ligat mencari kelibat guru penolong kanan yang baru sahaja tiba. Kebetulan aku dating pada hari Ahad. Maka kami terpakasa menunggu kehadiran guru penolong kanan yang bercuti itu dari rumahnya.
“Assalamualaikum”,
 Sapa guru tersebut. Mukanya yang kelihatan seorang yang tegas, namun nada suaranya lembut, menghormati tetamu.
“Waalaikumussalam”
Jawab emakku yang dari tadi memerhati kehadiran pengetua.” Maaf ya ustaz, saya bawa anak saya untuk daftar pada hari ini, sebab saya dan keluarga ada hal yang perlu diuruskan pada hari Isnin ini. Itulah sebabnya saya terpaksa menghantar anak saya kesini hari ini juga,” jelas emak yang tampak risau pada raut wajahnya kerana merasa mengganggu cuti guru penolong kanan itu.
Oh, tidak mengapa, biasalah tu. Kita sebagai manusia merancang tetapi yang diatas yang menentukan. Saya sebagai warden, saya faham situasi ibu bapa pelajar  yang datang dari jauh semata-mata menghantar anak-anak mereka kesini.
*setelah selesai urusan pendaftaran secara tidak rasmi*
Aku telah belajar sedikit demi sedikit beberapa peraturan yang perlu aku patuhi sepanjang aku berada di Bumi Waqafan ini. Banyak juga peraturan yang perlu aku sesuaikan dengan diriku. Nampaknya aku perlu proaktif dalam segenap sudut kerana aku melihat kebanyakan pelajar  begitu komited dengan masa dan kerja mereka. Walaupun aku baru sahaja sampai disini tidak sampai separuh hari, begitu banyak yang aku lihat. Aku mesti kuat.


 *bersambung*


No comments:

Post a Comment